Sunday, 19 February 2012

HIJRAH

Assalamualaikum.


Pada petang yang berbahagia ini, aku nak cerita pasal hijrah. Ini bukan pasal Maal Hijrah, rasanya kalau aku baru nak buat entry pasal tue mesti orang ingat aku hidup dalam zaman gelap. Basi. Okay, hijrah yang membawa maksud berubah ke arah yang lebih baik. Semalam, lepas dengar taklimat concert, aku and mimie #one of my bestie kat sini# lepak bilik aku. Cuaca pun mendung je. Aisehh, nie yang aku lemah. kompemlah aku bakal rindu rumah.



ai + sue (mimie) = BESTIE


Okay, back to the point. Biaselah kalau dah lepak tue macam-2 cerita keluar #except boys sebab biaselah kami bukanlah perempuan yang keperempuanan# . Fyi, mimie nie jenis yang free hair, tapi bukan perempuan #err ? ouh means selalunya kalau korang tengok perempuan free hair selalu bergaya kan ? Lagi-2 rambut diorang, pakai jari pun boleh. Mimie nie line-2 aku jugaklah. kaum Hawa akan malu nak mengaku kami nie sebahagian daripada mereka. -_-
Mase berbual-2 tue, terkeluar cerita pasal bertudung nie. Mimie cakap kat aku, keinginan dia untuk bertudung sekarang nie makin mantapppp. Tapi, dia tataw nak mula macam mana. Dia takut orang mengata then dia akan terpengaruh. Dia takut on and off. Aku cakap kat dia kalau hidup kita nie asyik nak fikir perspektif orang terhadap diri kita maka mati lebih baik. Sebab lumrah manusia tak pernah puas, ade je yang tak puas hati kan. Haha. So, aku rasa aku nak kongsi tips yang aku bagi kat dia semalam.


#1 Prepared.
maksud prepare kat sini adalah sedia. #memanglah, ade ke maksud lain bagi prepare?# cop-2, maksud aku sediakan barangnya. Contohnya, seumur hidup kau, kau tak pernah terasa nak melukis. Tapi satu hari tue ade view yang sangat cantik. Nak amek gambar pakai DSLR kau bukan kaya sangat sampai nak ade sebijik. So, kau buat keputusan nak lukis je. Tapi, jangankan berus ke water color, kertas pun kau takde. So, secara tak langsung niat kau untuk melukis tue akan hilang macam tue je. Same goes here. Aku cakap dengan dia, kau nak bertudung, make sure dulu kau ada tudung. So kau takkan ada alasan lagi bila orang tanya "kenapa tak bertudung ?"
"Alaa aku bukan tak nak tapi tudung pun aku takde".


#2 Make it fabulous.
Bagi menaikkan semangat kau yang baru nak bertudung nie, why not try dengan pakai shawl? You know shawl sekarang kan macam-2 pattern. So maybe dengan style yang macam tue korang akan rasa lebih confident, kan ? Ye-2 aku tahu shawl-2 tue semua kategori bungkus aurat, bukan tutup. Tapi nie, nak amek semangat dulu. Aku taw, susah bagi mereka-2 nie nak start, kiranya nie macam starter kit lah. Sikit-2, lame-lame jadi bukit kan ? InsyaAllah.


# SPIRIT !
Semangat, azam dan keinginan yang tinggi tue penting. Kau kena focus #eh nie dah macam nak masuk WWE punya instruction#, kau tahu ape yang kau nak iaini bertudung. So, ape keadaan sekali pun make sure kau bertudung. Kalau macam kau tengah diet, kau akan pastikan botol air sentiasa ade dengan kau kan? So, apply kan lah dalam soal bertudung nie. Abaikan mulut-2 longkang jahat tue. #eh tapi dengan bertudung dapat memelihara rambut kau daripada terkena percikan air liur mereka-2 itu, miahahahaha#


okay banyak lagi kowt tapi petang nie aku kena set up tok event malam nie. Nanti aku update pasal nie okay ! To be or not to be, that the question ayye ? :)


#birthday dia nanti aku rasa nak bagi tudunglahh, kowt xD

Saturday, 18 February 2012

Cerita Masa Hujan

Assalamualaikum.






Maaflah kalau entry nie emo sebab ye memang aku tulis dalam keadaan emo sekarang. Its raining outside, and I'm alone. I miss HOME ! Hari tue, I posted something at my mom's wall. #yeah my mom have her own facebook#




yeah. its what I miss the most during my childhood. Korang ade kebiasaan tak kalau time hujan? #selain tidur# . tue habit aku kalau hujan, nak lagi kalau lebat yang kaw-2 punya. Dulu, mase aku duduk kat quarters Bandar Mas kalau hujan mesti tahap gaban punya. Taw-2 lah kalau rumah atas bukit macam mana, rumah papan lagi. Memang sejuk tahap tak ingat. Parents aku pulak kebiasaannya akan letak tilam kat ruang tamu which is depan TV lah sebab nak anak-2 mereka #akulah tue# selesa tengok TV. So kadang-2 kalau hujan sometimes ade ribut so of course tak boleh tengok TV. Bagi mengelakkan anak-2 mereka mati kebosanan, ibu aku akan sediakan snack ! HAHA . snack lah sangat -.-' . So, sambil-2 melantak makan tue, kiteorang akan bukak balik cerita-2 lame. Mase kiteorang first-2 masuk sekolah dulu, cikgu-2 yang kiteorang tak suka, crush kiteorang mase sekolah. HAHA . Parents aku sangat cool okay. Aku boleh cerita yang aku minat orang tue minat orang nie dengan gembira tanpa dipelangkung. Sampai sekarang, benda tue still jadi habit family kami. Cuma kadang-2 tak cukup geng, dulu akak aku study #means mase dia duduk kolej and jarang balik#. Kalau akak aku takde so bertambah sikit intipati cerita sebab kami akan mengata akak kami. HAHA. And now, aku pulak yang takde T.T . Jauhhhhh. Sampai ayah aku pun teringat kat aku kalau time-2 hujan. Nanti dia cakap kat ibu aku " kalau angah ade nie, macam-2 lah dia mintak" . See , I miss home. I miss my childhood. I miss all of you. :\




# missing. kenapa diploma takde PJJ ? !@#$%^&*

Tuesday, 14 February 2012

DUMPED .

Assalamualaikum.




Tajuk entry kali ini tiada kaitan dengan situasi aku sekarang #sambil geleng kepala laju-2#. Just nak share and berkongsi pendapat, apa reaksi korang kalau kena dumped atau dalam bahasa simplenye, dibuang ? Situasi nie bukan terjadi dalam percintaan je, malahan dalam pelbagai perhubungan kan . 


#situasi 1. 


Korang ade kawan. Mase mula-2 kawan memang heaven lah , rasa macam dia lah kawan dunia akhirat kau . Senang kata memang dia nie perfect bagi kau and kau percaya dia sepenuh jiwa raga . And pada satu hari, kawan korang nie ade masalah. Disebabkan diorang kan kawan sehidup semati kau, kau pun mestilah tolong dia kan ? And dipendekkan cerita, kau dapat selesaikan masalah tersebut dengan jayanya. And orang ramai salute kau sebab kau memang kawan sejati. tapi, indirectly (maaf aku tersampuk badi practice speaking test tadi) kawan yang kau tolong tue tak suka situasi tersebut, di mana kau disanjung sebab tolong dia, seolah-olah dia tak boleh settlekan masalah dia sendiri and dia bergantung kepada kau. Lastly, dia tak nak kawan dengan kau lagi.


#situasi 2.




Korang couple (nak jugak couplenye nie). Then, korang selalu lah tolong kekasih korang nie. Ape je yang korang tak tolong dia, setiap kali dia susah memang kau orang pertama yang dia cari. Tapi ade suatu hari korang gaduh. And masa tue dia pulak tengah ade problem lain. Tengah-2 gaduh tue, kau dapat hidayah taknak gaduh lagi dengan dia, kira macam kau nak mengalah lah. Tetiba partner korang tue boleh bagi ayat sentap yang kau nie menyusahkan/menambahkan masalah dia. Nak lagi dramatik dia siap tanya lagi "mana kau time aku susah?". Aku taknak tanya ape korang rase, tapi aku nak tanya ape yang korang akan buat? Kalau aku, dalam kes nie aku yang akan dumped beliau. hahahahaha.

Sunday, 12 February 2012

FINAL .

Assalamualaikum. Tehee , mengapa aku begitu bersemangat dengan tajuk entry tersebut ye ? Ye marilah bersama-sama kita mengkaji. Eh final examination aku sebenarnya lagi 30 harilah (sila baca dengan nada orang baru lepas menang money drop tue). Okay fine final itu memang lagi sebulan tapi effort aku macam final itu lagi 18 kali darab sebulan bersamaan 18 bulan atau setahun 6 bulan ye kawan-kawan. Tapi aku tak tahu ape mimpi hidayah aku dapat hari nie tadi aku study Maths woo selesai 1 past year :'). Bagi aku yang tak boleh jadi kawan dengan Maths nie, dapat selesaikan satu soalan tanpa ade korban jiwa pun dah kira bersyukur taw. Percaya tak aku cakap aku tak sabar nak final ? Sila faham maksud tersirat . Sebab lepas final kan cuti sem yeehhaaa cuti sem aku 8 minggu bersamaan 2 bulan ye, 2 BULAN. Maaflah sebab baru selesai study math kan so entry nie banyak persamaan kira-2 sahaja. Sebulan je lagi nak habeskan semester 2 yang mencabar kepala otak aku yang tak pernah tak serabut nie haaaaa ! Focus aku sekarang #cewahh focus# nak study, habeskan semua tests and quizes, kumpul sebanyak mungkin scary carry mark. You go girl !



kehkeh, mimpi =.='

Saturday, 11 February 2012

WHO'S CARE ?

Assalamualaikum . Aku bengang , aku bengang . BEngang ye bukan BAngang , well who doesn't ? 


HAHA . okay fine . aku bengang tengah excited basuh baju yang seminggu aku kumpul , tetiba tengah basuh AIR TAKDA . okay tipu kalau ade orang cakap ' eleh aku relax je' . Tipu dosa okay . Dahlah mahal, RM2.50 sekali nak basuh baju . Duit tue kalau beli choki-2 puas aku makan tahu . Okay bukan nak cerita pasal kebengangan aku terhadap sistem perparitan (?) dekat sini tapi aku nak cerita pasal BOSSY ( intro takde kena mengena langsung dengan entry , okay who's care ? HAHA )



I'm bossy and I know it .


Yeah kau memang allergic kan dengan orang yang bossy ? Lagi sekali jangan tipu dengan mengatakan 'well, aku relax je' . Okay cuba bayangkan kan kau dah penat-2 bagi idea yang lahir setelah kau beristikharah 44 malam, bukan setakat idea ape je yang kau tak bagi kan . Tup-2 orang tue boleh reject hasil titik peluh kau tue mentah-2 ! 




Kejam , at least terima lah separuh masak pun takpe ( lagi sekali tiada kena mengena ) . And dia tetap dengan pendirian dia yang korang rasa budak tadika pun boleh bagi idea yang macam tue . And lagi sakit hati jiwa raga , dia dah reject kau habes-2 then bila kau try to against her/him , dia cakap dengan muka minta penamparnye , WHO'S CARE ?



slap me, I don't care either .


Ouh pleaseee pleaseeee muka itu sangat lah seronok kalau kita dapat lenyek dengan steamroll ! Mesti lepas tue kau akan rasa sebak + sadis kan ? Tapi nak buat macam mana kalau kita tak berani nak against dia sebab selalunya orang macam nie berjawatan / berpengaruh tinggi daripada kita . Paling-2 korang hanya boleh update status kat Facebook aje . Sangatlah tak cool . Eleh , who's care kan ? HAHA . itu bukan akulah , sebab aku bukanlah seorang yang kalau someone buat something bad kat aku, aku akan cakap takpelah, biarlah orang lain yang tegur , sapelah aku nie ( sambil buat muka teraniaya and suci ) . Ouh no no no , that is so not me okay . Kau yang buat kat aku , kenapa orang lain yang perlu balas ? its unfair you know ! What you did, you'll get it back . and aku percaya, kita tak boleh bergantung harap kat orang lain, so I make it on my own . kan kan kan ? HAHA . 


Pada yang bossy-2 tue kan , kau orang tahu tak orang tak suka ? Taw kan ? Okay good . Change . For your own jugak . Dalam dunia nie tak selamanya kau betul and orang tue salah . Tak, okay . Sangat tak cool apabila bersikap bossy, hidup mati kau akan dicaci maki keji oleh orang ramai . Hidup nie terlalu singkat untuk orang benci kat kita terlalu lama ! Live a life baby ! 




#tapi aku still bengang baju aku tak habes basuh lagi T.T

Thursday, 2 February 2012

Re-start.

Assalamualaikum. Yaa setelah naik berkerak blog aku ini akhirnya kembali bersinar. Tak perlu pakai Vanish mahupun Daia. Its a long time since aku tak update apa-apa langsung. LANGSUNG. Even at my personal blog ( eceh tak payah bajet private sangat ye Ella ). Kenapa aku start balik ber-blogging nie ? Sebab , bosan yeah itu selalu. Second , sebab kadang-kadang aku ada nak tell something but there is no someone yang nak dengar apa aku nak cakap (okay nangis guling-guling ). And the rest, tak payahlah aku cakap sebab kalau aku beritahu pun bukan dapat duit markah. 



blog ini diwujudkan semestinya untuk menulis apa yang aku rasa. Yelah blog aku takkan aku nak bercerita pasal kau pulak ye ? So, mungkin sometimes entry aku berbaur ( err, berbaur ? ) sarcastic, kadang-kadang ilmiah sikit or kadang-kadang childish yang korang rase nak bagi penampar sebarang dua kat aku. Tapi jangan risau, takkan ade entry yang eww eww seperti :

" hari nie kan pakwe I bawa I pergi makan kat kedai mamak taw, shuke-3 ! You ollss janganlah jeles sebab I tahu u ollss takde. Hikhik ! "

okay thats so not me. 

#esok balik kampung :)